1.6.12

Jagung II

Ini adalah sekuel dari Jagung I.

Sehari setelah aku melepaskan kempunan makan bertih jagung.
Aku keluar menghantar adik aku ke stesen bas untuk pulang ke Kedah.
Dalam perjalanan, aku mahu menukar duit kecil.
Diatas kepercayaan karut bahawa kebanyakkan pekedai 
enggan menukarkan duit melainkan aku membeli sesuatu.
Aku membeli secawan jagung rebus.
Disebabkan makcik itu sudah mahu menutup kedai,
dia memberikan aku jagung rebus yang melimpah-ruah,
mahu cedok sekali, jatuh 4 ketul jagung.
Penuh sangat.

Keesokkannya, aku keluar menuju ke satu tempat,
kerana masa yang mencemburui aku
(masa memang sentiasa mencemburui manusia yang memakai jam tangan)
,aku tidak sempat makan.
Kali ini, aku nampak jagung lagi.
Jagung rebus dikacau bersama majerin, garam dan susu pekat.
Aku beli satu cawan.
Enak sekali sehingga menyebabkan aku makan sambil tersenyum.
Tidak keterlaluan untuk dikatakan(padahal agak keterlaluan),
 itulah jagung paling enak pernah aku makan setakat ini.

Dalam perjalanan pulang, aku tidak tahan untuk membuang air kecil.
Sebelum ke tandas yang terletak di sebuah pasaraya,
aku pergi order secawan jagung rebus.
Ya, jagung rebus lagi.
Dengan mengakhirkan ayat pesanan aku,
"..tapi saya nak pergi toilet dulu..nanti saya ambil",
sebelum beredar dari kiosk itu.
Aku menuju kembali ke situ setelah mengeluarkan urin tanpa kandungan dadah.
Ya,semestinya belia bebas dadah tunjang pembangunan negara!
Aku masukkan tangan dalam beg tangan kerana 
itulah keperluan sebenar beg tangan.(tipu)
Dompet aku tiada.
Tiba-tiba, aku berlari menuju ke tandas yang aku gunakan tadi.
Oh, pintu berkunci, aku tendang pintu.
Aku tunggu betul-betul depan pintu tandas itu.
Seorang gadis membuka baju pintu dengan reaksi terkejut
melihat aku berdiri betul-betul depan pintu tandas.
Aku memandangnya dan berkata,
"Tertinggal wallet.."
Dia balas,
"Oh.."

Baiklah, cukup untuk hari ini.
Aku tak boleh taip banyak-banyak,
nanti tangan aku bertukar jadi jagung.
Esok aku sambung.
Photobucket